Friday, 22 January 2016

Pantun Geli Geli

Jari jemari meraba kekunci kemputer
Mencari idea untuk jadi kaya raya
Hingga mata juling berputar-putar
Bilakah agaknya untuk bergaya.
.
Gagak di rimba mulai berangan,
Sesekali ia merak kayangan,
Bagaimanakah jadi gerangan,
Hulur panjang tak sampai ke lengan.
.
Suara kuasanya meningkat garang,
sedangkan hutangnya makin tembelang,
untuk kumpul harta orang,
dijadikan modal untuk menang.
.
Tujuh kali terulang pesta dusta,
Penuh maksiat penuh dosa,
bohong yg khayal pun tergelak megah jua,
menjadi hiburan anak muda.
.
Yang paling garang terlihat menyanggah,
disakunya telah pun tercurah upah,
Demi mencari rezeki yang mudah,
Itulah tradisi hidup bermewah.
.
Lidah hanya meminjamkan suara,
Niat menentukan rindu bencinya,
Apa salahnya untuk berkata,
Sekadar hiburan belaka.
.
Mudah mengenali Melayu baru,
Dimana longgok gula, ya di situ,
Apakan daya nasib bagitu,
Menadah meminta setiap waktu.
.
Pawana berpuput dari Kuantan,
Bau lender kahak yang berterusan,
Bagitulah sendiwara gelandangan,
Penuh rahsia dalam jambangan.
.
Pok anai-anai dinding hilang paku,
Belajar putar telan juga sapu,
Tolak kayu dan batu,
Itulah dia pakai kasut tak bersepatu.
.
Sebaik tak terkawal nafsu nanti,
undang-undang kesat bakal berperi,
pencuri masuk rumah tak kena gari,
Tuan rumah digantung sampai mati.
.
Tanding mewarna diperlukan permit,
beli buku mewarna ‘kan diwajib?
Asalkan warna yang mereka minat,
Pasti permit tak wajib.
.
Ufuk tahun baru semakin gabra,
cukai cukai cukai tersenyum mesra,
Itu dia idea yang baik belaka,
untuk selesai hutang yang ada.
.
Bertanya saja pun boleh dipecat,
eloklah cepat berlatih melompat,
Kalau bagitu lekas bertaubat,
Menjadi kakak tua lagi lebat.
.
Benteng di pantai mulai meretak,
jejerung kuasa tentu tersentak,
Apakah gerangan adik kakak,
Marilah kita bina tambak.
.
Ke mana pun nanti bayu bertiup,
di sisinya pasti ada sang cekup,
Bila semuanya dapat ditutup,
Apa jua pun tak akan meletup.
.
Yang berlabuh sengaja tak dikhabar,
yang belayar heboh sungguh diuar-uar,
Bagitulah indahnya suara akhbar,
Penuh sendiwara lakunan liar.
.
Di dalam iklim secelaru ini,
Lavrenty Beria mudah menjadi,
Itu lumrah biasa terjadi,
wayang kulit penuh isi.
.
Bahasa Francis Drake dijunjung tinggi,
Bahasa Tun Lanang di celah kaki,
Memang amalan dunia kini,
Tak sadar ilmu tak tinggi.
.
Walaupun lelapnya terlalu lama,
Khazanah bertimbun dalam dengkurnya,
Rupa bermimpi dihari senja,
Tak sadar maghrib dah tiba.
.
Empat setengah ke satu setengah,
tarian saham sedang termengah,
Bila minyak harga jatuh,
Rakyat resah gelisah mengeluh.
.
Walaupun hartanya terus menganjal,
masih tak dikira negara gagal,
Apa nak fikirkan kita dari mana asal,
Janji semua dapat kekal.
.
Buai lelaju sampai tepi tingkap,
berlendir dalam saku wang Pak Arab,
Bagitulah kaya melimpah tegap,
Sumbangan diterima penuh lelap.
.
Bertambah ramai wewira yang palsu,
senyaring jerit dan seampu-ampu,
Itulah dia Hang Tuah yg lesu,
Hang Jebat jua letih dan layu.
.